09 February 2011
Selamat Datang Guru Baru
Sesi persekolahan 2011, SK Kedaik telah menerima seramai enam orang guru baru. Empat daripadanya merupakan tenaga pengajar yang kali pertama ditempatkan di sekolah ini. Manakala dua orang merupakan guru yang berpindah tempat mengajar. Mereka yang pertama kali ditempatkan di sini ialah En. Muhammad Azli bin Chik, En. Muhamad Shukri bin Ab. Aziz, En. Mohd Nazmi bin Abdul Ghani dan En. Hishamuddin bin Azman. Sementara itu, Pn. Haslinda bt Zulkepli merupakan guru yang pernah berkhidmat di SK Kg Bulau, Miri, Sarawak dan Pn. Puspavalli a/p Palakuru dari SJKT Ladang Kota Lima, Lenggong, Grik, Perak. Pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua guru baru.
04 January 2011
28 December 2010
Mesyuarat Guru-guru Kali Pertama Bagi Sesi Persekolahan 2011
Tepat pukul 9.00pagi, mesyuarat pertama bagi sesi 2011 bagi Sekolah Kebangsaan Kedaik, telah pun berlangsung pada hari ini. Sebelum mesyuarat dimulakan, semua dijemput menjamu sarapan pagi yang telah disiapkan oleh pihak kantin sekolah.
Setelah doa dibaca oleh wakil guru, pengurusi majlis seterusnya membaca agenda mesyuarat kepada semua yang hadir. Agenda pertama adalah kata-kata aluan daripada Guru Besar dan seterusnya berbekalkan Buku Perancangan tahun 2011 yang telah siap dibukukan dan dicetak agar semua guru mendapat sorang satu salinan, intipati buku tersebut dibaca dan diterangkan oleh beliau yang masih lagi setia bersama warga SK Kedaik, En. Idrus Bin Ahmad.
Setelah semua tugas yang akan disandang oleh guru-guru dibaca, mesyuarat diteruskan dengan membincangkan berkaitan harapan beliau agar SK Kedaik menjadi sekolah asli contoh kepada sekolah-sekolah lain. Mesyuarat berjalan sehingga 1.00petang dan mesyuarat berhenti seketika agar semua dapat menikmati makan tengahari dan menunaikan solat zohor.
Mesyuarat kembali bersambung pada pukul 2.30 petang dan ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.
22 November 2010
18 November 2010
15 November 2010
20 June 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)













