Setelah doa dibaca oleh wakil guru, pengurusi majlis seterusnya membaca agenda mesyuarat kepada semua yang hadir. Agenda pertama adalah kata-kata aluan daripada Guru Besar dan seterusnya berbekalkan Buku Perancangan tahun 2011 yang telah siap dibukukan dan dicetak agar semua guru mendapat sorang satu salinan, intipati buku tersebut dibaca dan diterangkan oleh beliau yang masih lagi setia bersama warga SK Kedaik, En. Idrus Bin Ahmad.
Setelah semua tugas yang akan disandang oleh guru-guru dibaca, mesyuarat diteruskan dengan membincangkan berkaitan harapan beliau agar SK Kedaik menjadi sekolah asli contoh kepada sekolah-sekolah lain. Mesyuarat berjalan sehingga 1.00petang dan mesyuarat berhenti seketika agar semua dapat menikmati makan tengahari dan menunaikan solat zohor.
Mesyuarat kembali bersambung pada pukul 2.30 petang dan ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.