Piagam Pelanggan



BAHAWA KAMI WARGA SK KEDAIK KOMITED UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KAMI SEPERTI BERIKUT :-

MURID
  • Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara adil dan saksama
  • Memastikan semua murid yang mendaftar di sekolah ini mendapat tempat yang sesuai
  • Memastikan semua murid yang layak mendapat buku teks pada hari pertama persekolahan
  • Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum



GURU DAN KAKITANGAN
  • Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun
  • Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama



IBU BAPA / PENJAGA
  • Memastikan ibu bapa / penjaga yang berurusan di kaunter pejabat mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 15 minit

STAKE HOLDER
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD/JPNP/KPM mendapat tindakan dalam tempoh tiga hari
  • Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, sila berjumpa terus dengan Guru Besar atau hubungi pihak pentadbiran sekolah di talian 09-4539153