07 March 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Kedaik telah berlangsung pada 03/03/10 (Khamis) di Dewan Asrama SK Kedaik. Sambutan dimulakan dengan perarakan oleh semua murid dan guru bermula dari tapak perhimpunan sekolah sehingga ke dalam dewan sekolah. Perarakan juga disetakan dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., oleh murid-murid dan guru-guru yang beragama Islam.




Dari Pena Guru Besar SK Kedaik

Assalammualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selamat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w., serta keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Saya bersyukur serta berbesar hati kerana dapat berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kedaik , di mana sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang penuh dengan cabaran dan dugaan yanag dapat membantu saya serta warga sekolah di dalam membina keyakinan diri dan jati diri setiap individu dan murid di sini.

Laman blog ini merupakan salah satu langkah sekolah di dalam membangunkan nama dan martabat sekolah kami di mata dunia. Di sini adalah salah satu cara alat komunikasi yang dapat membantu pihak luar dan sekolah memantapkan lagi perhubungan dua hala yang sentiasa dititikberatkan oleh pihak kami.

Di harap, laman blog ini dapat meningkatkan lagi potensi dan kebolehan sekolah untuk bersaing dengan lebih progresif di dalam dunia yang tanpa sempadan ini.

Akhir kata, saya berdoa mudah-mudahan Sekolah Kebangsaan Kedaik akan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

PN RADISAH BINTI JUSOH
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAIK