Sejarah dan Etnik

Sejarah Sekolah


   Sekolah Kebangsaan Kedaik ditubuhkan pada tahun 1957 di Kawasan Kedaik Dalam dibawah kendalian JHEOA.


    Pada tahun 1986 , sekolah ini telah berpindah ke Kawasan Penempatan Semula ( RPS ) Kedaik. Ianya telah dirasmikan pada tahun 1990 oleh YAB Dato’ Seri Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad iaitu perdana menteri Malaysia pada ketika itu.


    Menjelang tahun 1995 sekolah ini telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) untuk keseragaman sistem pendidikan.


Etnik

    Pelajar di Sekolah Kebangsaan Kedaik terdiri daripada pelajar orang asli dari suku Jakun dan Kacukan.  Pelajar tersebut dari kampung berdekatan iaitu :


Kampung Kedaik Dalam - 10 Km
Kampung Jemeri - 14 Km
Kampung Api larat - 20 Km
Kampung kundang - 15 Km
Kampung Tanam - 6   Km
Kampung Rantau Panjang - 15 Km
Kampung Jemeras - 9   Km
Kampung Guri - 25 Km
Kampung Kerpal - 19 Km
Kampung Simpang Sawira - 11 Km
Kampung Belangkap - 25 Km
Kampung Gayung - 8   Km
RPS Kedaik Peringkat 1.2 dan 3 - 2   Km